Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

Nurul Izzati  Binti Rosli
No. 80
Taman Lelasari
06500, Alor Setar Kedah Darul Aman                                                                   1 Februari 2012

Tuan/Puan,

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.

2.      Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.

3.      Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal-selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila Bt. Ahmad Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my). Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.

Yang benar,


                                                    
DR. Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Dekan
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Comments